Sunday, 26 June 2011

VIP..MPOP..Aduhai..

Tadi aku baru lepas tengok Melodi. Apa Kes nie tiba2 ade kumpulan ala2 K-pop kat Malaysia nie. Cammonla... cari la identiti sendiri la.. Kenapa kita kat Malaysia nie tak pernah nak jadi pelopor, perintis, pencetus sesuatu era. Yang rakyat Malaysia tahu..follow jek. As we know..Malaysia masih di Minda class ke-3..Kini dan selamanya. So kita kena UBAH...

Aku adalah peminat setia K-pop sebelum tercetusnya fenomena K-pop kat malaysia nie lagi. At that time..kalo aku dengar lagu K-pop.. orang akan perli aku dengan ayat " Ko paham ke lagu tu".. Tapi aku pun dulu meluat juga dengan lagu  k-pop nie..tapi disebabkan pengaruh kakak aku..tiba2 aku jadi minat plak.. K-pop nie mula melanda malaysia waktu lagi No body dari wondergirl tengah meletop.. tambhan plak waktu tu drama Korea selalu membanjiri stesen penyiaran negara.. tapi kebanyakan drama2 korea tu tak la sehebat dan popular seperti lagu-lagu K-pop yang ada sekarang nie. Hampir 6 tahun aku meminati lagi Kpop sehingga la banyak kumpulan yang pelik2 di Korea sana telah ditubuhkan. Tapi aku tabik hormat kepada negara korea nie kerana menjadi pencetus kepada  revolusi industi muzik semasa..chaiyok..chaiyok


Tapi yang aku marah..bila Kpop semakin pipular..banyak lak klon2 kat Malaysa nie..Cammonla beb kitaoraang memag minat lagu dan band K-pop tapi bila bangsa sendiri tubuhkan M-pop rasa mcam terkilan la beb..kita ni kena cari la identiti sendiri..pencetus inspirasi kata adam..cammonla..tarian stail muzik dah hampir sama..
Nie la sifat rakyat Malaysia yang sukar dikikis..suka tiry. Tak salah kan Adam tapi KRU tu..adoii...pegi la cari identti dan konsep baru. Baru kita dikatakan pencetus revolusi. kalo main copy2 ni popular setakat kat Malaysia nie je la..ko dudok..kat luar kena kutuk..


p/s Nak tubuh kumpulan nama ..JW- pop : JAWA POP

Tuesday, 14 June 2011

MEMEY ku Sayang...

Gambar sekadar Hiasan.. (Gambar curi dari blog org lain)
Sambil Membasuh kereta setelah 3 bulan tak bercuci...

Jiran Sebelah: MEMEY..MEMEY...MEMEY sayang....

Aku: (Dlm hati) Buang tebiat ke jiran aku nie..Keluar dari muka pintu jek meraung2panggil nama MEMEY. MEMEY bini Norman Hakim Kah ?
          
Jiran Sebelah: Jejaka kacak (Perasan)..eh silap adik nampak tak kucing makcik..MEMEY..
                       Hilang la..Akak baru  bela 1 minggu..Kucing Persian lagi..Mesti orang curi.

Aku: (Dlm Hati ) Jangan-jangan kucing tu dah lunyai kat bawah kete aku tak? Cepat2 cari rul (Sambil tertongeng2  cari kat celah-celah tayar kot2 melekat kat tayar kete aku) Fuh..takde..Alhamdullilah...

Jiran Sebelah: ABANGGGGGGG...MEMEY dah mati kena langgar...

Aku: Sambil berlari ke tempat kejadian.. Ya Allah.. Ngerinya.. mata kucing tu siap terjojol lagi dari soket
         mata dengan kepala yang hampir lunyai. Sambil menenangkan Makcik tu..Sabar yek Makcik ni 
         semua dugaan tuhan..yang hidup pasti akan mati.. Banyak2 la beramal..Renung2 kan.


Jiran Sebelah: *&*%* Kalo aku dapat orang yang langar kucing aku siap la..
(Sambil Mengesat air mata). Ko ke yang langgar..Baik ko mengaku..

Aku: (GULPPP!) Err takde la..mana ade saya langgar kucing makcik..

Jiran Sebelah: Habis tu apasal ko basuh kete ko? Nak tutup bukti la tu..

Aku : Makcik..kalo saya nak langgar baik saya gilis sampai jadi lempeng..kemudian saya bagi Anjing P***n makan. Banyak isi kucing makcik ni..Maklumla persian cat..

Jiran Sebelah : B*R*K ko..

Aku : (Dalam hati )Mulut makcik nie sekali aku sumbat spender P***N baru ko tahu langit tinggi ke rendah. Ko mencarut kat aku..ingat aku tak paham..
          " Makcik saya tak langgar kucing makcik..terpulang la pada makcik ..saya malas nak cari pasal 
             ngan makcik..sbb makcik nie pun saya dah anggap mcam mak saya"" Makcik kapan jek la  
             MEMEY nie.. Saya pun nak balik..solat maghrib nak dekat..Malam karang jangan lupa buat 
             kenduri tahlil"Assalamaualaikum...

Lantas aku pun pulang ke rumah sambil mengimbau sejenak..Tadi mmg aku ada langgar sesuatu..tapi takan kucing kot..kalo aku langgar kucing mesti aku dengar bunyi kucing merangung..Aku langgar batu kot (Sedapkan hati)..CABOTTTTT..


p/s Korang kalo dibagi peluang untuk langgar..korang nak langgar ape? Aku teringin nak langgar Tenok...






Monday, 13 June 2011

Mulut PUAKA!

Wah..ayat title tak bleh blahhh... selalunya mulut puaka nie lebih sinonim dengan kaum Hawa..berbanding dengan kaum Adam.. Ade sorang staff kat office aku nie nampak je jantan.. Tapi mulut tino..Bro..lu tak puas hati sama gua..lu jumpa la sama gua..yang lu buat citer2 panas pasal gua heboh satu kampung apa lu dapat. Kalo aku tengok balik la kan..patut la rezeki ko takde (rezeki ditangan tuhan ye kawan2)..Belajar sampai MASTER..umur dah lanjut cecah 40 lebey..tapi masih dok gaji diploma gred 29..opss. Selama ni aku lebih diamkan diri jek..sampai nama aku busuk satu tempat keje..takpe perhaps aku bukan orang tempatn sini..Ini tempat ko yang punya.. aku percaya hukum karma..siap perbuatan kita akan dibalas.. Ko tengok la nnti.. 
Beb, aku tahu baru2 ni ko gagal interview Pegawai Kerajaankan.. Beb dah berapa banyak kali la ko gagal interview nie.. Ko sombong..
Ko tak nak tanya petua kat aku ke cam mana nak dapat keje ngan gomen bergaji sesuai ngan MASTER ko tu..

Meh sini aku nak cerita petua yang boleh ko ikuti.. Insyaaalh berjaya..Aku ni tak kekwat dan kedek cam ko. Walaupun ko tak tanya, mesti ko nak tahu cam mana untuk lulus interview kan..kan..kan.... Nie tips dia BERUK (Bro):

  1. Jangan putus-putus berdoa kepada yang Maha Esa (paling utama) kerana pintu rezeki tu adalah kepunyaa-NYA . So rajin2 la berdoa selepas solat 5 waktu.
  2. Dengar nasihat ibu bapa dan sentiasa berkongsi masalah bersama dengan mereka. Ibu bapa ni terlebih dahulu makan asam garam dariada kita. So nasihat mereka sangat berguna coz mereka pun ada pengalaman bekerja dan mencari kerja (Mak aku selalu bagi nasihat pasal kerja kat aku. "thanks mum..love u")
  3. Sentiasa berusaha dan tak pernah mengalah walaupun selalu gagal.
  4. Tawakal setelah berusaha.
Yang ni tambahan untuk ko BERUK..

  1. Ko pergi depan cermin ko tengok dari bawah ke atas..tanya kat cermin tu apasal aku selalu gagal interview. Adakah aku pernah buat silap kat orang..
  2. Ko berus mulut ko ngan clorox..coz mulut ko bau longkang sbb menjaja citer tak betul pasal orang.
  3. Hormati orang atasan tempat ko bekerja sekarang. Beri kerjasama sbb satu hari nnti juga ko akan jadi BOS... Jangan skarang ko belagak nak jadi Bos..alamatnyer gelap masa depan ko.. ade pahamm...
  4. Sorry beb yang ni ayat mmg menyakitkan hati : Ko simpan cermin kecil kat poket belakang ko..bila nak buat sesuatu ko cermin dulu muka ko..walaupun ko ade MASTER tapi ko tu hanya pekerja biasa..amik ko..
Sekian..selamat berjaya dalam hidup...

p/s Dah berapa banyak dosa dah aku dapat hanya kerana memaki ko jek hari2. No hard feeling.. just nak ko sedar yang aku sebenarnya sayang pekerja macam ko, ada potensi dan ade karisma tapi akal pendek..full stop..

Saturday, 11 June 2011

Ah..ah..ah..AHMAD....

Alkisahnya..cam nie.. Selalunya selepas menonton Rancangan Majalah 3 di tv selalunya aktiviti aku akan bersambung dengan menonton Drama TV3. Tapi lately nie drama TV3 sekarang nie cliche dengan cerita2 keinsafan. Bila tiap2 minggu tengok tema yang sama jek dah tak mendatangkan keinsafan sebaliknya memuakan dan menjemukan. So aku pun ambil kunci kereta menuju ke kedai di bandar Limbang. Sampai di Bandar kebanyakan semua kedai dah tutup so dengan hampa aku pun pulang. On the way pulang tu aku turn on Radio Siaran 105.10 entah dari  mana punya siaran radio. Yang pasti Ade aku dengar DJ  radio tu  mention pasal Beufort so aku assume perhaps rancangan tersebut dari siaran radio Sabah kot.. So lagu yang diputarkan adalah dari pilihan pendengar. Ade satu lagu permintaan ni tajuknya AHMAD... siapa ntah penyanyi nyer aku pun tak pasti la. Mungkin lepas nie aku google cari nama penyanyi bertuah tersebut. Janggal pulak rasanya bila ade tajuk lagu nama lelaki dinyanyikan  oleh penyayi wanita. Lagu tu berkisar tentang puji-pujianya terhadap si AHMAD ni la  kononya lelaki terhebat baginya. Kalo artis lelaki menyanyi lagu memuja nama wanita tu normal lah. Contohnya tajuk lagu seperti Isabella, Tiara, Sofia dan bnyak lagi yang didendangkan oleh penyanyi lelaki tempatan. Sebab mmg naluri lelaki ni mmg suka memuja wanita yang disayangi nyer. Bila wanita menyanyi memuja nama lelaki rasanyer janggal seolah2 wanita tu desperate dan ketegori Gelenyorrrr.. so bila aku dengar lagu Ahmad nie terus aku tergelak besar sambil mulut memaki sorang2 dalam kerete. Sampai driver kereta kat  sebelah pun pandang pelik sbb aku ketawa tak henggat Donia..Mana taknya.. bila part chorus tu... penyanyi tu berulang2 sebut..Ah..ah..ahh..Ahmad..Kah..kah..Bodoh btul punya lagu (kan dah kena carut).. Pepun  aku yakin lagu tu mesti akan popular satu hari nanti. Kita kena tabik dengan penyanyi wanita tersebut  kerana keberaniannya untuk mencipta kelainan coz kelainan tu penting bagi menjadikannya pupular dan diingati ramai. Harap2 kelainan tu tak membunuhnya nnti. Apa-apepun all the Best kepada penyanyi tersebut dan semoga popular dengan lagu Ahmad tu.

p/s: Akan datang ada lagu tajuk nama kucing plak..Nama kucing aku 
      Britney..  Brit..brit..brit..Britneyyyy..
     Aku cabar artis tempatan buat lagu tajuk BEDAH, TEMAH, PEAH, dan GAYAH..Ada berani?

Thursday, 9 June 2011

Kecewa tapi Bahagia..

Rasanya keadaan tak sama seperti dahulu. Tiba-tiba terasa kita semakin berjauhan. Aku kecewa tapi aku bahagia sesuguhnya kerana Dia sememangnya layak untuk mu. Teruskan perjuangan walaupun matlamat kita dihaluan yang berbeza. Aku akan sentiasa mendoakan semuanya sentiasa baik selalu. Dari jauh aku akan melihatmu dan menunggu mu sekiranya masih ada ruang dan peluang. Walaupun hatiku pasrah namun aku bahagia sekiranya Dia adalah kebahagian mu yang selama ini dikau cari.. Salam Perpisahan..

Wednesday, 8 June 2011

Stress Tak Hengat!!



Hari ni aku terkena syndrom Stress. Stress  KERJA... Rasa macam nak Balik KL la pulak. Agaknya mcam mana la rupa KL sekarang nie. Dah nak setahun aku tak balik KL..Home sick ke aku ni ye.. Selalunya kalo stress mcam ni aku selalu lepak kat KLCC. Keindahan malamnya selalu membuai perasaan aku tatkala mendongak ke langit melihat puncak bangunan KLCC dilimpahi dengan cahaya Lampu. Hilang stress kat kepala.  k la..selalunya dalam keadaan stress macam lagi aku lagi kuat merapu..So better aku stop dahulu kat sini..

p/s Rasa mcam nak baling telor busok kat orang jek. Ade sesiapa nak aku baling telor busok. 
(Mata tertumpu kat 2 bijik telor busok kat atas meja disebabkan telah expired akibat kemalasan untuk memasak)

Tuesday, 7 June 2011

Rumah Transit Yang SPOOKY...

Rumah Transit Tempat aku Tinggal. Siap ade Kolong kat Bawah
Masa aku mula posting kerja di Limbang memang sukar untuk aku mencari rumah sewa. So aku apply Transit Kuarters sementara  di kawasan tempat aku bekerja. Menurut AA tempat aku bekerja tu, rumah Transit yang nak aku duduk tu tak pernah dihuni orang selama 2 tahun. Last sekali, transit kuarters tu dihuni pada 2008 oleh praktikal student. Dalam Hati aku berdetik "Alamak mesti Jin Mata Toncet dah duduk dulu.." Tapi perasaan tu aku buang jauh2. Lepas ambil kunci aku terus bergegas ke transit kuarters tersebut. Cuba korang perhatikan ruangan dalam rumah tersebut. 
Ni bilik yang aku pilih, siap ade poster Bollywood lagi ..

Bahagian dapur yang penuh dengan Molds

Orait! Confirm melabur di office saja...


Bilik utama yang penuh aktiviti x-philes
Ruang Tamu . Dekat sini aku pernah nampak lembaga berlari2 tembus ke
pintu bilik utama.
Rumah Transit ni ade 3 bilik. Atas saranan rakan sekerja, aku pilih bilik yang mengadap jalan raya. So kalo ade ape2 berlaku senang aku pekik terus terjun tingkap. Bilik Yang penuh aktiviti X-philes tu mengadap pokok ara. So bila malam jek bilik utama tu mulalah berpenghuni. Bunyi orang tarik kerusi la..Bunyi orang berkawad la.. Bunyi orang menangis la. Selalunya aku masuk tido awal pukul 9.00pm. Aku akan pastikan aku tak keluar dari bilik lebih dari pukul 9.00 mlm. Kalo nak terkucil pun aku cari botol mineral bleh? bentuk pun dah macam nozel pam minyak..he..he Tak la.. Gilo apo? Selalunya aku tahan nak terkucil sampai esok pagi. Dua bilik lain dan dapur tu memang aku kunci sentiasa supaya hantu tu tak main pintu. Yang pasti aku sempat dudok 2 minggu jek kat transit tersebut sbb tak tahan dengan gangguan. Lepas aku keluar dari rumah transit tu, baru la orang sekeliling nak cerita rumah tu tempat laluan bunian. Wallahualam....

Walaubagaimanapun rumah tu banyak mengajar aku erti berserah, bertawakal dan tawaduk kepada Allah serta menguji tahap keberanian aku. Semoga aku sentiasa dibawah pelindunganNya..

Dalam banyak2 gambar yang aku amik, gambar kat bawah ni cukup unik & mengelikan hati aku. Kreatif betul anak2 p***n nie. Aku punya la tak perasan sampai nak pindah rumah baru aku perasan. Agak nyer la orang yang datang melawat dan ketuk pintu rumah aku tu mesti pikir bukan2. Terutama Tuan Haji (Staff aku) yang selalu amik aku tiap2 jumaat untuk pergi solat Jumaat. Mesti mata dia terjojol..Ha..ha.. (Imej 18sx : Untuk Muslimin dan Muslimat, tidak digalakan untuk menatap)

18 sx.. Aktiviti anak P**an yg kreatif menconteng pintu transit kuarters tersebut.

P/S Kalo aku dapat tangkap anak P***N yang menconteng pintu tu..harus aku sunatkan mereka terus peluk Islam..