Dekat Limbang ni aku sewa rumah Teres, Style Kampung kat area Perumahan Batu Biah. Kira rumah sewa aku ni, yang paling tengah la..So mama aku selalu berpesan "Jangan cari pasal ngan jiran2 sebelah, coz awak tu duduk merantau di negeri orang". Tapi yang sangat mendukacitakan aku hobi jiran aku yang pelik lagi aneh, suka bunyikan HON kereta untuk panggil ahli keluarga diorang kat dalam rumah. Problemnye, kalo bapak nyer saja takpe..ini baik mak, baik bapak anak2..sama jek habit. BISINGGGG!..sakit telinga aku dengar HON kerete diorang expecially waktu pagi time aku tengah produce taik mata.. So aku bertahan la dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun (Baru setahun jek aku menyewa). Then, satu pagi tu mmg aku dah tak tahan, tambahan pula time tu plak aku tengah demam + Insomia. So around dalam pukul 7.00 pagi macam tu, baru mata aku nak terlelap tiba2 bunyi hon kereta jiran sebelah "PIN..PIN" dalam hati aku pun menghitung "1" "PIN..PIN.." "2" "PIN..PIN" "3".. Nie sudah Lebey dah ni. Aku pun amik kunci kereta aku then standby utk tekan punat ALARM Kerete kat depan umah aku."PIN.." Ok Lancarkan Serangan..(Tekan punat ALARM Gaya Power Rangers..opss tersilap ni gaya Sailor Moon) . So bederai la pagi tu bunyi Alarm Kerete aku yang mengaum. FYI, bunyi alarm kereta aku ni ketogeri bunyi Lori. Kalo aku tertekan ..bunyi dia PERGHH..Aku dah macam kena SAWAN BABI daa.. merabai-rabai jari nak matikan ALARM kerete aku tu. Lagi2 kalo ade orang sekeliling, lagi la gabra + malu. So bila aku dengar lagi dia bunyikan Hon..aku ape lagi, tekan ALARM kete aku sekali lagi..Adalah dalam 2,3 kali camtu. Sejak haru tu, dah tak dengar dah bunyi HON kerete jiran sebelah rumah aku membuat bising. Yang lawaknya..Bila aku keluar dari umah nak pergi kerje..Takde lagi Kuntuman Senyuman mesra yang dilontarkan kepada aku seperti hari2 biasa melainkan satu renungan mata yang tajam penuh dengan dendam kesumat. Sebagai menghormati amanat Mama aku, aku tetap menguntumkan senyuman seperti biasa cuma kali ini ditambah pula dengan senyuman penuh bergaya (senyuman sinis) melambangkan tahap kepuasan hati aku Ha..ha.. Dalam hati berkata" RASAEN LUHH..SIAN DEY LUHH.." (Wah! kantoi kaki sinetron). Sorry yek makcik..nnti Raya Puasa saya mintak maaf. Untuk 2 bulan nie baiklah kita berkonfrantasi..he..he. Pe pun sayangi la Jiran anda kerana satu hari nanti kita memerlukan pertolongan mereka juga.
p/s Kesian jiran sebelah KIRI aku yang tak bersalah..Mesti mereka pun kena Sawan Babi macam aku masa ALARM kereta aku berbunyi pagi tu. Minta maaf ye pakcik..makcik dan cik adik ma..opss
No comments:
Post a Comment