Alkisahnya..cam nie.. Selalunya selepas menonton Rancangan Majalah 3 di tv selalunya aktiviti aku akan bersambung dengan menonton Drama TV3. Tapi lately nie drama TV3 sekarang nie cliche dengan cerita2 keinsafan. Bila tiap2 minggu tengok tema yang sama jek dah tak mendatangkan keinsafan sebaliknya memuakan dan menjemukan. So aku pun ambil kunci kereta menuju ke kedai di bandar Limbang. Sampai di Bandar kebanyakan semua kedai dah tutup so dengan hampa aku pun pulang. On the way pulang tu aku turn on Radio Siaran 105.10 entah dari mana punya siaran radio. Yang pasti Ade aku dengar DJ radio tu mention pasal Beufort so aku assume perhaps rancangan tersebut dari siaran radio Sabah kot.. So lagu yang diputarkan adalah dari pilihan pendengar. Ade satu lagu permintaan ni tajuknya AHMAD... siapa ntah penyanyi nyer aku pun tak pasti la. Mungkin lepas nie aku google cari nama penyanyi bertuah tersebut. Janggal pulak rasanya bila ade tajuk lagu nama lelaki dinyanyikan oleh penyayi wanita. Lagu tu berkisar tentang puji-pujianya terhadap si AHMAD ni la kononya lelaki terhebat baginya. Kalo artis lelaki menyanyi lagu memuja nama wanita tu normal lah. Contohnya tajuk lagu seperti Isabella, Tiara, Sofia dan bnyak lagi yang didendangkan oleh penyanyi lelaki tempatan. Sebab mmg naluri lelaki ni mmg suka memuja wanita yang disayangi nyer. Bila wanita menyanyi memuja nama lelaki rasanyer janggal seolah2 wanita tu desperate dan ketegori Gelenyorrrr.. so bila aku dengar lagu Ahmad nie terus aku tergelak besar sambil mulut memaki sorang2 dalam kerete. Sampai driver kereta kat sebelah pun pandang pelik sbb aku ketawa tak henggat Donia..Mana taknya.. bila part chorus tu... penyanyi tu berulang2 sebut..Ah..ah..ahh..Ahmad..Kah..kah..Bodoh btul punya lagu (kan dah kena carut).. Pepun aku yakin lagu tu mesti akan popular satu hari nanti. Kita kena tabik dengan penyanyi wanita tersebut kerana keberaniannya untuk mencipta kelainan coz kelainan tu penting bagi menjadikannya pupular dan diingati ramai. Harap2 kelainan tu tak membunuhnya nnti. Apa-apepun all the Best kepada penyanyi tersebut dan semoga popular dengan lagu Ahmad tu.
p/s: Akan datang ada lagu tajuk nama kucing plak..Nama kucing aku
Britney.. Brit..brit..brit..Britneyyyy..
Aku cabar artis tempatan buat lagu tajuk BEDAH, TEMAH, PEAH, dan GAYAH..Ada berani?
No comments:
Post a Comment