 |
Rumah Transit Tempat aku Tinggal. Siap ade Kolong kat Bawah |
Masa aku mula posting kerja di Limbang memang sukar untuk aku mencari rumah sewa. So aku apply Transit Kuarters sementara di kawasan tempat aku bekerja. Menurut AA tempat aku bekerja tu, rumah Transit yang nak aku duduk tu tak pernah dihuni orang selama 2 tahun. Last sekali, transit kuarters tu dihuni pada 2008 oleh praktikal student. Dalam Hati aku berdetik "Alamak mesti Jin Mata Toncet dah duduk dulu.." Tapi perasaan tu aku buang jauh2. Lepas ambil kunci aku terus bergegas ke transit kuarters tersebut. Cuba korang perhatikan ruangan dalam rumah tersebut.
 |
Ni bilik yang aku pilih, siap ade poster Bollywood lagi .. |
 |
Bahagian dapur yang penuh dengan Molds |
 |
Orait! Confirm melabur di office saja... |
 |
Bilik utama yang penuh aktiviti x-philes |
 |
Ruang Tamu . Dekat sini aku pernah nampak lembaga berlari2 tembus ke
pintu bilik utama. |
Rumah Transit ni ade 3 bilik. Atas saranan rakan sekerja, aku pilih bilik yang mengadap jalan raya. So kalo ade ape2 berlaku senang aku pekik terus terjun tingkap. Bilik Yang penuh aktiviti X-philes tu mengadap pokok ara. So bila malam jek bilik utama tu mulalah berpenghuni. Bunyi orang tarik kerusi la..Bunyi orang berkawad la.. Bunyi orang menangis la. Selalunya aku masuk tido awal pukul 9.00pm. Aku akan pastikan aku tak keluar dari bilik lebih dari pukul 9.00 mlm. Kalo nak terkucil pun aku cari botol mineral bleh? bentuk pun dah macam nozel pam minyak..he..he Tak la.. Gilo apo? Selalunya aku tahan nak terkucil sampai esok pagi. Dua bilik lain dan dapur tu memang aku kunci sentiasa supaya hantu tu tak main pintu. Yang pasti aku sempat dudok 2 minggu jek kat transit tersebut sbb tak tahan dengan gangguan. Lepas aku keluar dari rumah transit tu, baru la orang sekeliling nak cerita rumah tu tempat laluan bunian. Wallahualam....
Walaubagaimanapun rumah tu banyak mengajar aku erti berserah, bertawakal dan tawaduk kepada Allah serta menguji tahap keberanian aku. Semoga aku sentiasa dibawah pelindunganNya..
Dalam banyak2 gambar yang aku amik, gambar kat bawah ni cukup unik & mengelikan hati aku. Kreatif betul anak2 p***n nie. Aku punya la tak perasan sampai nak pindah rumah baru aku perasan. Agak nyer la orang yang datang melawat dan ketuk pintu rumah aku tu mesti pikir bukan2. Terutama Tuan Haji (Staff aku) yang selalu amik aku tiap2 jumaat untuk pergi solat Jumaat. Mesti mata dia terjojol..Ha..ha.. (Imej 18sx : Untuk Muslimin dan Muslimat, tidak digalakan untuk menatap)
 |
18 sx.. Aktiviti anak P**an yg kreatif menconteng pintu transit kuarters tersebut. |
P/S Kalo aku dapat tangkap anak P***N yang menconteng pintu tu..harus aku sunatkan mereka terus peluk Islam..
No comments:
Post a Comment